Azizi Ali adalah penulis, penceramah dan mentor kewangan #1 di Malaysia.

Buku pertama beliau, Jutawan Dari Planet Jupiter telah mengubah senario percetakan di Malaysia. Ianya telah dijual melebihi 300,000 nashkah dan menjadi penggerak kepada seminar dan buku kewangan di Malaysia. Sejak itu, Azizi telah menulis lebih daripada 35 buah buku berkenaan kewangan dan penciptaan kekayaan. Tajuk-tajuk buku beliau yang laris di pasaran ialah Jutawan Dari Planet Jupiter, Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah, Lahirnya Seorang Jutawan, Pesara Jutawan, Masa Untuk Emas, Maharaja Wang dan Rahsia Bitcoin. Buku beliau diterbitkan di Indonesia dan juga di Brazil. Buku-buku beliau juga dijual dalam bentuk eBook di Amazon.com.

Beliau telah  memberi ceramah di hadapan lebih 500,000 peserta seminar dan kerap muncul di media massa. Antara organisasi yang telah menjemput beliau ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti, LHDN, KWSP, CIMB, Eco-World, Tabung Haji dan Petronas.

Azizi adalah pemegang Chartered Financial Consultant (ChFC), Islamic Financial Planner (IFP) dan juga memegang Ijazah Sarjana (MBA) dari University of Bath, UK.